"Dia Lalu Je, Tak Tengok Saya Pun!" - Nabila Huda Kongsi Pengalaman Bergambar Bersama Tulus

Asraf Aided
September 19, 2018 09:40 MYT
Menerusi entri di Instagram, pelakon popular Nabila Huda, 34, berkongsi pengalaman melucukan ketika dia mahu bergambar bersama penyanyi Indonesia, Tulus yang mengadakan konsertnya pada malam tadi.
Menurut Nabila, Tulus hanya berjalan dan tidak melihatnya ketika dia sudah bersedia untuk bergambar bersama penyanyi Indonesia tersebut.
"Ya, dia sampai tapi dia berlalu macam tu saja, tak tengok saya pun, mungkin dia ingat saya penjaga pintu disitu," tulisnya berseloroh.
Namun begitu, mereka berdua sempat mengambil gambar bersama selepas itu dan ia turut dikongsi Nabila di Instagramnya.
Seramai lebih 1,400 orang telah hadir menyaksikan Konsert Tulus Live @ Istana Budaya pada malam tadi.
Selain Nabila, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sherry Alhadad, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah turut hadir ke konsert tersebut.
#Nabila Huda #Tulus