HIBURAN

“Dia Layak Dapat Seseorang Yang Memahami…” – Jefri Nichol Sedia Jadi Teman Hidup Serius Ameera Khan

Umirah Halim 07/06/2025 | 06:55 MYT
Pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol mengakui kini lebih bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta yang serius bersama kekasih hati, Ameera Kham.
Perkara itu dikongsikan Jefri dalam satu temu bual bersama pengacara, Denny Sumargo baru-baru ini.
Menurut pelakon filem Dear Nathan itu, selepas enam kali bercinta, dia kini mahu menjadi lebih matang dalam hubungan cinta dan mahu menjadi pasangan yang mampu memahami serta menghormati keluarga teman wanitanya
undefined “Saya sudah bercinta enam kali. Saya mahu serius sekarang ini.
“Ameera baik sangat. Dia memang layak untuk dapat seseorang yang memahami dia dan baik kepada keluarganya juga. Saya mahu jadi begitu,” katanya dalam temu bual tersebut.
Terdahulu, Jefri pernah mendedahkan bahawa dia mula tertarik untuk mengenali Ameera selepas membaca satu artikel tular yang menyenaraikan 10 wanita tercantik di Malaysia menerusi platform X (dahulu dikenali sebagai Twitter).
Jelas Jefri, artikel tersebut membuatkan dia nekad untuk mendekati Ameera dan berusaha mengenalinya secara peribadi.
Difahamkan, selepas menjalani proses perkenalan lebih dekat pada tahun 2023, pasangan tersebut mula menjalin hubungan cinta secara rasmi pada awal tahun ini.
Hubungan pasangan muda ini sering menjadi perhatian peminat, terutama apabila kedua-duanya berkongsi detik bersama di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen di kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia.
#Ameera Khan #Hubungan #Serius #jefri #nichol