Nusantara
"Dia Mahu Hari-Hari" - Ashanty Buka Cerita Dalam Kain, Puji Suami Hebat Walau Usia 50 Tahun
Penyanyi Indonesia Ashanty terbuka untuk berkongsi cerita tentang hubungan seksualnya dengan suami, Anang Hermansyah.
Ashanty, 35, menyifatkan Anang, 50, sebagai seorang lelaki yang kuat dan mampu melakukan hubungan intim setiap hari.
"Dia mahunya tiap hari," kata Ashanty ketika ditemubual di saluran YouTube Ussy Sulistiawaty dan Andhika Pratama.
Sahut Anang pula; "Hubungan suami isteri kalau setiap hari itu sihat."
Mendengar jawapan suaminya, Ashanty membantah dan menyatakan hubungan suami isteri yang sihat bukan setiap hari.
"Tidak. Yang sihat itu seminggu tiga kali," jawab Ashanty.
Dedah Ashanty lagi, Anang sebelum ini pernah mengamalkan ramuan tertentu dari kampung halamannya di Madura.
Malah, kisah itu pernah dibongkarkan oleh bekas isteri Anang, Krisdayanti kepada media sebelum ini.
"Jamu madura!" kata Krisdayanti dalam sesi temuramah bersama arwah Julia Perez dan Syahrini sekitar tahun 2015.
Sumber: Sosok.id