Laman Utama

“Dia Memang Baik, Rendah Diri Dan Friendly Orangnya… ” – Faye Kusairi Mohon Doakan Siti Sarah

gempak
Mya Amri
06/08/2021
13:15 MYT
Sponsor Banner
“Dia Memang Baik, Rendah Diri Dan Friendly Orangnya… ” – Faye Kusairi Mohon Doakan Siti Sarah
Pelakon Faye Kusairi berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan penyanyi, Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana tahap oksigen dalam badannya tidak stabil pagi tadi.
Mengimbas kembali kenangan, Faye menyatakan Sarah merupaka seorang yang baik hati dan serig merendah diri.
Walaupun tidak mengenalinya dengan rapat secara peribadi, namun Faye mendoakan yang baik-baik buat Sarah seisi keluarga.
“Sama-sama kita doakan @shuibsepahtu dan keluarga bebas dari covid. Doakan juga keselamatan dan kesihatan @sitisarahraissuddin dan bayi dalam kandungan ya.
“Saya kenal Siti Sarah ni sebelum saya berlakon lagi. Masa tu saya bekerja kat salon dan dia memang customer regular tu dulu.
“Walaupun tak adalah close, setakat kenal-kenal gitu je sebab segan kat dia. Saya pun peminat dia la. Dulu, suka karaoke lagu-lagu dia.
“Fefeeling ala-ala alunan suara dia tu memang confirm lah. Dia memang baik dan friendly orangnya. Shuib pulak saya kenal masa kat trek sepang. Pun sangat humble dan friendly orangnya.
“Jadi disebabkan kebaikan dan vibe positif yang saya dapat dari mereka berdua ni, saya dengan rasa rendah diri minta tolong sangat kepada followers tersayang yang baik hati ni.
“Doakan kesejahteraan mereka terutamanya Siti Sarah dan bayi dalam kandungan dia. Semoga keluarga Shuib kuat menghadapi dugaan ni dan Siti dapat fight wabak ni demi baby dan keluarga.
“Saya tak rapat pun dengan Siti Sarah tapi saya pasti dan tahu yang beliau seorang fighter! You can do this sis! ?? You are in our prayers,” coretnya.
BACA: COVID 19: Siti Sarah Dimasukkan Ke ICU, Shuib Pohon Doa: "Keadaan Dia Tak Berapa Baik"
Terdahulu, pelawak Shuib mengesahkan isterinya, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas tahap kesihatannya semakin merosot pagi tadi.
Sarah yang kini sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun sebelum ini.
Sarah sekeluarga disahkan positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live