“Dia Menangis Apabila…” – Sufi Rashid Syukur Miliki Isteri Kuat Dan Tabah
Mya Amri
21/09/2020 08:34 MYT
21/09/2020 08:34 MYT
Penyanyi Sufi Rashid menyambut ulang tahun perkahwinannya yang pertama.
Mendedikasikan ucapan khas untuk isteri tercinta, Nurulain Md Yusof, Sufi mencoretkan perkara terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Menurut Sufi, dia bersyukur kerana mempunyai seorang isteri memahami selain tidak putus asa mencari rezeki bersama-sama.
“Alhamdulillah... Pada tarikh ini, tahun lalu, saya memanggil anda isteri saya. Saya bukanlah seorang yang bagus dengan kata-kata tetapi saya cuba.
“Kamu sangat luar biasa. Bekerja siang dan malam mencari rezeki bersama-sama. Walaupun banyak dugaan dan cabaran, kamu membuatkan ramai orang gembira dengan perwatakan ceria.
“Namun pada hakikatnya dia menangis ketika waktu malam, dibahu saya apabila beban yang ditanggung menjadi terlalu berat.
“Ini adalah isteri saya, seorang yang comel namun seorang ‘pejuang’ buat dirinya. Untuk menyatakan betapa saya terlalu cintakan kamu mungkin tidak pernah cukup B.
“Hanya ALLAH tahu betapa bersyukurnya saya ada kamu. Saya berjanji akan menjadi suami uang lebih baik. I love you, till jannah, Insya-Allah. #SAH1YEAR,” coretnya.
Sufi dan Nurulain selamat bernikah pada 21 September 2019 di Pulse Grande Hotel Putrajaya.