Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Dia Mengandung & Masih Bekerja Sebagai Jururawat" - Josiah Hogan Kongsi Pengorbanan Isteri Bertugas Di Saat Krisis COVID-19

Hanafis Haris
18/03/2020 09:39 MYT
Pelakon Josiah Hogan berkongsi kisah pengorbanan isterinya, Nurul Hidayu Noordin yang masih menjalankan tugas sebagai jururawat walaupun kini sedang sarat hamil.

Perkongsian itu dibuat menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.

"Isteri saya sedang mengandung dan masih menjalankan tugas sebagai jururawat untuk mengubat pesakit.

"Mungkin ramai tak nampak bagaimana jururawat, doktor, polis dan lain-lain terpaksa berdepan dengan orang awam di Malaysia.

"Kagum dengan mereka yang masih bekerja dalam situasi COVID-19," katanya sebagai kapsyen.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata mendoakan supaya isteri Josiah sihat dan sentiasa dilindungi.

Anda boleh lihat antara komen netizen di bawah.



Difahamkan, Josiah kini menanti detik kelahiran anak keempatnya yang dijangka dilahirkan pada Aidilfitri tahun ini.

Untuk makluman, Josiah atau nama Islamnya Mohamad Musleh memiliki seorang anak lelaki, Irvine, 13, menerusi perkahwinan terdahulu.

Menerusi perkahwinan buat kali kedua dengan Nurul Hidayu sejak 2013, mereka memiliki dua anak perempuan berusia tiga dan lima tahun.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

#Virus #Josiah Hogan #Covid19
;