“Dia Menyanyi Hanya 40%..” - Dapat Markah Terendah, Tokram Harap Hazrul Nizam Kurangkan Rasa Gementar
Azwa Rahman
19/09/2022 09:09 MYT
19/09/2022 09:09 MYT
Ketua juri Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Datuk Ramli MS menegaskan rasa gementar membuatkan bintang yang berada di tangga ke bawah, Hazrul Nizam tidak membuat persembahan yang memuaskan pada konsert pertama GV9 pada malam tadi.
Menurut Ramli atau lebih dikenali sebagai Tokram, selaku pengarah muzik, dia merasakan Hazrul tidak memberikan sepenuh jiwanya sewaktu membuat persembahan.
“Itu disebabkan gementar. Nampak sangat dia rasa gementar, sebab bila jadi begitu, dia akan jadi sangat sharp. Masa rehearsal saya music director, saya rasa tadi dia menyanyi hanya 40 peratus sahaja.
“Saya agree apa Hetty cakap tadi, kalau tengok secara fizikal bila dia banyak sharp, hilang kawalan, itu semua disebabkan oleh stage-fright, nervous, mungkin sebab dia tengok penonton yang ramai,” ujar Tokram kepada Gempak.
Tokram ditemui pada majlis sidang media GV9 yang diadakan selepas konsert pertama bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.
Dalam pada itu, Tokram memuji persembahan bertenaga Jaclyn Victor yang mempersembahkan lagu Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang.
“Ini adalah pertandingan yang betul untuk Jac masuk. Bila saya kata begitu, you semua boleh nampak kan tadi macam mana dia menyanyi. Dia menyanyi apa yang dia suka, benda tu yang kita nak tengok.
“Macam saya cakap, persaingan akan bermula minggu depan. Minggu pertama ni ramai yang tunjuk apa yang Tuhan kurniakan iaitu bakat suara,” ujarnya lagi.
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni Gegar Vaganza 3, Elly Mazlein.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.