“Dia Menyorok Belakang Saya Bukan Sebab Takut Bini Tapi…” - Jasmin Hamid
Asyikin Mayudin
28/12/2022 22:55 MYT
28/12/2022 22:55 MYT
Kemesraan aktres Jasmin Hamid dan suaminya iaitu Nazmir Abd Rahim yang dikongsikan di laman sosial sentiasa menjadi perhatian peminat.
Terbaharu, Jasmin menerusi laman Instagram berkongsi foto bersama Nazmir dengan mengatakan suaminya menyorok di belakangnya bukan disebabkan takut ‘bini’.
Sebaliknya, Jasmin melahirkan rasa syukur kerana suaminya yang dianggap sebagai tulang belakangnya sentiasa berada disisi.
“Dia menyorok belakang saya bukan sebab takut bini tapi dia adalah tulang belakang saya yang sentiasa ada dengan saya. Hebat bukan?” kongsi Jasmin.
Ruang komen di perkongsian itu dipenuhi komen netizen yang mendoakan agar pasangan itu sentiasa bahagia hingga ke jannah.
Untuk rekod, Jasmin pernah mendirikan rumah tangga bersama Ian Rashid pada tahun 2000 dan berpisah pada 2008 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ian Haziq.
Kemudian, Jasmin bertemu jodoh kali kedua dengan lelaki yang 12 tahun lebih muda daripadanya iaitu Nazmir dan mereka bernikah pada 20 November 2021.