“Dia ada minta Mi kari tapi disebabkan dia tak boleh makan makanan keras jadi saya tidaklah buat,” demikian perkongsian pelakon dan pensyarah Dr. Norzizi Zulkifli mengenai hasrat terakhir arwah ayahnya.

Untuk makluman, Allahyarham Datuk Zulkifli Zain meninggal dunia pada usia 76 tahun malam semalam.

Allahyarham yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika azan maghrib.

BACA: Pelakon Veteran Datuk Zulkifli Zain Meninggal Dunia Ketika Azan Maghrib

Menurut Norizi, ketika pemergian ayahnya itu, dia sedang berada di sisi arwah menguruskan hal makan minumnya.

“Memang setiap Sabtu tugas saya jaga ayah. Tapi semalam adik bagi tahu ayah tak boleh nak telan makanan solid atau keras, nanti dia keluar balik,” katanya.

Tambahnya, selepas makan, tahap pernafasan ayah dilihat agak berbeza daripada sebelumnya.

“Saya dah pelik selalunya papa macam ni ke? Jadi saya dan adik beradik lain buat keputusan nak hantar ke hospital.

“Saya pun pakaikan seluar semua, lepas tu tengok nafas dia macam tenang baik sampailah saya rasa ayah sebenarnya dah tiada.

“Waktu tu betul-betul azan Magrib dan saya memang ada di sebelah arwah. Cuma saya tak nampak nafas terakhir dia,” kataya.

Jelasnya lagi arwah memang sedang menderita sakit buang pinggang dan disebabkan keadaan sakit yang lain, arwah tidak dapat melakukan rawatan dialisis.

“Sebenarnya buah pinggang tahap kritikal. Badan dia tak cukup kuat untuk lakukan dialisis.

“Sepanjang saya jaga dia tak ada pula dia pesan apa-apa cuma minggu lalu dia ada minta saya buatkan mi kari.

“Kalau ikutkan semalam nak masak tapi semalam tak ada air kan.

“Lagi pun dia tak boleh nak telan makanan solid, jadi saya kata nanti mingu depan la kot saya buatkan,” katanya.