Pelakon Lufya Omar mengakui bahawa apa yang dimaklumkan oleh bekas suaminya. Dr. Che Hafiz mengenai status perkahwinan mereka itu benar.

Begitupun, Lufya ketika dihubungi memberitahu, dia belum berkesempatan untuk melihat sendiri kenyataan secara terperinci yang dibuat suaminya kepada pihak media.

"Ha'ah ya lah (bercerai). Saya tak baca lagi kenyataan dia.

"Saya rasa tak nak komen. Kalau dia nak keluarkan kenyataan apa-apa ke, lantak dialah, biar dia, saya tak nak komen apa-apa," jawabnya ringkas kepada Astro Gempak.

Begitupun, ketika ditanya soal anak, Lufya memberitahu buat masa ini isu hak jagaan belum diputuskan lagi.

"Hak jagaan tak tahu lagi. Memang saya yang jaga, dia bukan tengok pun," katanya.

Terdahulu, Dr. Che Hafiz mendedahkan bahawa dia sudah melafazkan cerai terhadap Lufya pada 17 Jun lalu.

BACA: Dr. Che Hafiz & Lufya Omar Sah Bercerai Talak Satu

Lufya dan Dr. Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.