Aktor Aiman Hakim Ridza mencuri perhatian wargamaya apabila tampil lebih kurus selepas berkahwin dengan isterinya pelakon Zahirah Macwilson.

Menerusi laman sosial Instagram, Zahirah memuat naik sekeping foto suaminya ketika makan malam bersama untuk tatapan umum.

I don’t think he’s too pleased with the new SOP ? #kojanganpergimanamana

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Namun, menerusi ruangan komen, seorang pengikut memberikan komen negatif tentang penampilan aktor itu.

“Dia nampak kurus di mana ia teruk, orang lain selalunya akan jadi lebih berisi selepas berkahwin,” tulis pengikut tersebut.

Tidak membiarkan penampilan suaminya dikritik, Zahirah membalas komen negatif pengikut tersebut.

“Dia fit dan sihat, terima kasih atas keprihatinan anda,” jawab Zahirah tegas.

Bukan sahaja Zahirah, malah ramai wargamaya yang turut mempertahankan Aiman dengan membalas kecaman pengikut tersebut.

“Haters boleh pegi jauh-jauh ya,” tulis seorang wargamaya.

“Ikut kajian siapa yang suami makin chubby makin happy ni? LOL,” tegur seorang wargamaya.

“Jaga kesihatan dan pemakanan suami isteri pun membahagiakan jugak,” kata seorang wargamaya.

“Aiman tu pelakon, mestilah dia kena jaga penampilan,” tegas seorang wargamaya.

“Dah suami isteri rajin bersenam sepanjang PKP, mestilah mereka nampak fit dah sihat. Tak macam sesetengah orang tuuu,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 176,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Sekadar info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.