"Dia Ni VIP… Tapi Pergi Mall Tak Macam VIP" - Netizen Puji Tokti Beli Belah Di Sogo

Hanafis Haris
Oktober 3, 2019 10:38 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga seperti individu biasa yang pernah berbelanja di kompleks membeli-belah Sogo.
Perkara itu dikongsikan menerusi saluran YouTube rasminya, Siti Official beberapa hari lalu.
Menerusi video tersebut, Siti atau lebih mesra dipanggil Tokti menjelaskan dia pernah datang ke Kuala Lumpur dan membeli belah di Sogo sebelum bergelar artis.
"Saya lepak depan Sogo sampai tutup. Orang kampung tak pernah jumpa mall besar macam tu.
"Jadi jangan ingat saya tak pernah ke Sogo tau. Masa saya belum bergelar artis lagi dah ke sini," katanya.
Melihat kepada keperibadian Siti yang merendah diri, video tersebut telah menerima pujian ramai khususnya dari peminat penyanyi itu sendiri.
Rata-rata netizen mengagumi pendirian Siti yang masih mahu membeli belah di pasaraya itu berbanding yang lebih eksklusif.
Anda boleh lihat beberapa komen menarik di bawah:
#Siti Nurhaliza #Tokti #Sogo