“Dia Peminat Winter Sonata” - Munaa Bella Teringin Bawa Ibu Beraya Di Korea, Pulau Nami Dalam List!
Mya Amri
02/05/2023 13:50 MYT
02/05/2023 13:50 MYT
Penyampai radio ERA, Munaa Bella menyimpan hasrat untuk membawa keluarganya beraya di negara Korea.
Menurut Munaa, antara tempat yang ingin dikunjungi bersama ibunya adalah lokasi penggambaran yang terdapat dalam drama Korea.
“Ibu saya seorang peminat drama Korea iaitu Winter Sonata, jadi dari kecil lagi saya dah teman ibu untuk menonton drama Korea di televisyen.
“Saya teringin nak bawa ibu beraya di sana dan pergi ke tempat-tempat pengambaran dari drama Korea untuk merealiasikan impian ibu.
“Di samping itu, kami dapat meluangkan lebih masa bersama sebab waktu raya ni adalah masa yang sesuai untuk bersama keluarga,” katanya kepada Gempak.
Tambah Munaa lagi, Pulau Nami antara yang paling ingin dilawati kerana terdapat beberapa babak kegemaran dalam Winter Sonata yang ditonton bersama ibu kesayangannya.
“Bawa keluarga ke tempat pengambaran drama Winter Sonata. Lokasi yang wajib saya pergi semestinya Pulau Nami.
“Ada babak yang kami berdua suka tengok waktu mereka berbasikal bersama. Satu lagi, saya nak bawa ibu ke Kampung Chuncheon iaitu kediaman Jungsang (pelakon dalam drama Winter Sonata).
“Selain itu, kami nak pergi melawat masjid-masjid di Korea dan merasai makanan-makanan menarik dari sana,” jelasnya.
Jangan lupa dengarkan Munaa di segmen ERATHON, dalam slot Hanguko ERA, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11 pagi.
Untuk dengarkan lagu-lagu Korea pula, peminat ERA boleh dengarkan Hallyu ERA, setiap Sabtu dan Ahad, jam 11 malam di ERA.