Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Dia Penjawat Awam...Status Bujang" - Fendy Bakry Tak Mahu Heboh Hubungan Cinta Dengan Isteri Sebab...

ZULHILMI JALIL 01/09/2020 | 09:00 MYT
Pelakon Fendy Bakry mendedahkan isterinya, Ayu Afnizar yang dinikahinya pada Ahad lalu merupakan seorang penjawat awam.
Begitupun, Fendy atau nama sebenarnya, Mohd. Affandi Nor Bakri, 32, enggan mendedahkan secara terperinci profesion atas permintaan isterinya.
"Dia seorang penjawat awam. Cuma, isteri minta rahsiakan pekerjaannya.
"Statusnya juga seorang bujang," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Katanya, isterinya itu mula mengenalinya ketika wanita tersebut masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
"Tapi dia bukan guru," jelasnya.
Bahkan, menurut Fendy, dia juga mempunyai alasan tersendiri apabila membuat keputusan untuk merahsiakan hubungan dengan wanita berusia 27 tahun itu sebelum ini.
"Kami bukanlah merahsiakan. Cuma, kami tidak mahu heboh-heboh. Lebih-lebih lagi bila kita tak tahu sama ada hubungan itu pasti atau tidak.
"Takut juga berlaku macam sesetengah orang apabila berkongsi sana sini, sekali tahu-tahu putus pula hubungan tersebut. Jadi, bila dah sampai masanya barulah kami kongsikan," katanya.
Terdahulu, Fendy turut berkongsi gambar sekitar majlis pernikahannya buat pertama kali di Instagram yang diadakan pada 30 Ogos lalu.
"Sungguh tidak disangka yang saya jadi suami orang.
"Dulu selalu cakap 'ah nak bina empayar dululah baru kahwin'. Sebenarnya dalam kita sudah berumah tangga pun kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama-sama.
"Apatah lagi untungnya sebab ada tulang belakang yang kuat," coretnya.

Terima kasih pada yang memberi ucapan dan doa kepada sy dan isteri.. Begitu juga kami insan biasa juga mendoakn kesejahteraan buat anda semua.. Semoga kita semua berada didalam lindungannya inshaAllah aamin.. . Sungguh tidak disangka yang sy jadi suami orang hahahaha.. Tak pernah terlintas difikiran.. Dulu selalu cakap “ah nk bina empayar dulu la baru kawin”.. Sebenarnya dalam kita sudah berumahtangga pun kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama2..apatah lagi untungnya sebab ada backbone yg kuat kihkih.. . Owh pot pet plakkan hahaha..? . Last minute punya persediaan weh?? . alhamdulillah @ehfanibrahimofficial sudi membantu untuk menyediakan busana bt kami berdua..???? Sememangnya hasil dia telah sy beri kepercayaan selama 9 tahun.. lama wooo guna khidmat dia hihi.. . Makeup plak dari @firz_razali .. sememangnya kalau sy g event memna pun sy akan guna khidmat dia.. Mula2 dia akan mak esahkn muka sy pastu bru dia makeup.. hahahaha lawak ja.. ( Hampa bukan leh kira,ambk serius ). . Apa2 terima kasih mendoakan sy.. terutama @fendynisme yang sentiasa ada.. teruskn support kerjaya sy sebagai seorang ank seni.. kerjaya sy seiring dengan sokongan anda semua.. Semangat anda sy tumpang untuk terus berkarya.. Love u lahhhh!!! . Terima kasih semua..

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

Pada Ahad lalu, Fendy mengejutkan ramai pihak apabila melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali kira-kira sejak empat tahun lalu.
BACA: Fendy Bakry Sah Bernikah Dengan Ayu - “Keluarga Kami Mahu Teruskan Yang Wajib Dahulu...”
#Kahwin #Kahwin #Isteri #Fendy Bakry
;