,
Terkini

"Dia Perlu Jalani Pembedahan Sekarang..."- Kamal Adli Cedera Parah Diserang Di Singapura, Uqasha Minta Doa Semua

Syafiqah Jalal
12/03/2023
17:22 MYT
Pelakon, Uqasha Senrose memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli yang cedera parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura.
Uqasha ketika dihubungi berkata, insiden itu berlaku ketika mereka sedang berada di satu acara di negara itu, malam Ahad.
"Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.
"Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.
"Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala.
"Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam," katanya.
Ditanya mengenai keadaan terkini Kamal, Uqasha memaklumkan bahawa Kamal perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang.
"Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan.
"Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura," katanya.
Uqasha juga meluahkan kerisauannya apabila dia dan adik beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.
"Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak, kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi. Dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.
"Yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.
"Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan," katanya.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram, memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dengan keterangan, memohon doa daripada orang ramai buat suaminya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil Cahaya Mata Pertama - “Kami, 11 Tahun Kemudian…”

gempak
07/09/2024
10:25 MYT
Pelakon Raysha Rizrose berkongsi berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Viral

Kejadian Sama Masih Berulang, Pemuda Nyaris Cedera Terpijak Paku Terpacak Di Rawang

gempak
01/09/2024
11:25 MYT
Tular sepotong video memaparkan seorang lelaki hampir tercedera selepas terpijak satu objek tajam seperti paku di atas sebuah jalan raya di Emerald, Rawang.
Berita

Dua Cedera Selepas Kereta Dinaiki Tiba-Tiba ‘Ditelan’ Ke Dalam Tanah

gempak
29/08/2024
09:55 MYT
Dua orang cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terjerlus ke dalam lubang benam di Seoul pada Khamis.
Hiburan

Uqasha Senrose Tak ‘Claim’ Diri Baik, Minta Bukti Tuduhan Melampau - “Sampai Fitnah Aku Kaki Pukul, Penumbuk Semua…”

gempak
27/08/2024
01:44 MYT
Pelakon Uqasha Senrose memberitahu dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang yang baik dan lemah lembut namun ia hanyalah pandangan orang ramai terhadapnya.