Penangan bubur durian dan rendang Maisara dari drama rantaian popular Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN) masih belum reda.

Terbaharu, pasangan pemilik butik fesyen muslimah Leeyana Rahman, Yaana Lee dan Hafiz Hamid antara yang tersentuh dengan babak dari drama adaptasi novel Siti Rosmizah itu.

Kongsi Yaana, suaminya kantoi sedang menangis teresak-esak ketika menyaksikan babak bubur durian dan rendang ketika mereka menonton drama itu bersama-sama pada hujung minggu lalu.

"First time aku tengok laki aku menangis teresak-esak bila tengok drama #rinduawakseparuhnyawa.

"Dia punya air mata sampai ke leher weh bila tengok part bubur durian dengan rendang tu," kata Yaana sambil berkongsi sepotong video Hafiz sedang mengawal emosinya.

A post shared by LEEYANARAHMAN / YNALEE BEAUTE (@yaana.lee)


Cerita Yaana, babak itu dekat dengan diri mereka terutama ketika sedang hamilkan anak sulung.

"Dia mungkin terasa kot sbb waktu mengandung kat Tyara dulu, aku order mee bandung dengan roti canai.

"Pastu dia tak bagi order roti canai. Katanyaa membazir. Last last mee bandung pon jadi tak de selera nak makan. Sampai sekarang aku ingat roti canai tuuu dan tak kan lupa sampai bila-bila hahaha.

"Patutlah sekarang anak dia pagi-pagi bangun tido mesti mintak “roti anai” dengan bapak dia haha. Hari hari foodpanda . Padan muka," cerita Yaana.

Hafiz kemudiannya membalas tulisan Yaana dengan mengatakan isterinya juga turut sama menangis ketika bersama-sama menonton RASN.

"Padahal dia nangis sekali. Pastu style nak cover, duk gelakkan orang!" katanya.

Aksi comel pasangan itu turut mencuit hati peminat mereka dan mencadangkan agar terus mengikuti perkembangan episod baharu RASN sebelum melabuhkan tirai pada 14 Jun nanti.

Saksikan drama hebat lakonan Shukri Yahaya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

RASN turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.