“Dia Punya Ending, Rasa Nak Baling Remote!” - Ramai Tak Sabar Layan Projek: Anchor SPM Malam Ini!
Hanafis Haris
22/03/2021 04:01 MYT
22/03/2021 04:01 MYT
Episod pertama drama bersiri premium Projek: Anchor SPM telah pun ditayangkan Isnin lalu dan rata-rata penonton telah memberi respon cukup positif.
Kebanyakan mereka menyifatkan Projek: Anchor SPM sebagai ‘game changer’ buat industri drama tempatan.
Malah, sehingga kini ramai yang tidak sabar menantikan kemunculan episod kedua.
Apa yang bakal terjadi kepada Aizat lakonan Aedy Ashraf selepas dia ditolak Aaida dari atas bangunan?
Adakah Aizat berjaya memujuk Aaidaa untuk membantunya dalam peperiksaan seterusnya?
Itu antara persoalan yang menyelubungi penonton sejak Isnin lalu.
“Ending macam tu memang tak sabar la aku nak tunggu next episode”
“Saya nak drama macam ni la, super good 10/10”
“Korang better tengok Projek: Anchor SPM, sumpah tak kecewa. Paling penting ending dia cliffhanger buat aku rasa nak baling remote”
“Memang mengingatkan aku masa duduk hostel dulu, projek Razaisyam ni memang tak mengecewakan”
“Ada juga cerita yang nak kena menunggu-nunggu tiap minggu”
“Halahhh lambatnya nak tunggu episod 2” tulis beberapa netizen.
Apapun jangan lepaskan tonton Projek: Anchor SPM hari ini di saluran Astro Citra jam 9.00 malam.
Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.
Untuk pilihan alternatif, penonton juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.