“Dia Remaja Istimewa, OKU…”- 6 Hari Hilang, Fauzi Nawawi Minta Cari Anak Saudaranya

Syafiqah Jalal
Jun 17, 2020 04:12 MYT
Pelakon Fauzi Nawawi meminta orang ramai supaya mencari anak saudaranya yang hilang sejak enam hari lalu di Pantai Remis, Perak.

Lebih membimbangkan Fauzi, remaja perempuan itu adalah seorang anak Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Mohon simpati dan pertolongan pada sesiapa yang ternampak dan terlihat remaja ini.

“Dia anak kakak saya , remaja istimewa (OKU) dia hilang dari rumah sejak 6 hari yg lalu,” katanya.

Suami kepada Lisdawati berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto remaja tersebut.

Fauzi memberitahu laporan polis sudah di buat tetapi masih belum menemui apa-apa berita.

Justeru Fauzi meminta bantuan orang ramai yang menjumpai anak saudaranya supaya boleh menghubungi nombor yang tertera di gambar tersebut.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pantai Remis Perak tetapi masih belum ada apa-apa berita.

“Mohon bantuan dari warga insta dan masyarakat yang prihatin Supaya dapat hubungi nombor yang tertera di gambar jika ternampak anak saudara saya,” pohonnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut bersimpati dengan nasib anak saudaranya dan turut cuba membantu mencarinya.

#Fauzi Nawawi #OKU #Hilang