,
Hiburan

“Dia Sedih Sangat Sebab…”- Instagram Anak Rebecca Kena Hacked

Syafiqah Jalal
19/08/2020
06:40 MYT
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mengesahkan akaun Instagram (IG) milik anaknya, Nor Anggerik Renesmee digodam.
Rebecca memberitahu anaknya sedih apabila mendapat tahu IGnya digodam dan semua gambar sewaktu kecil hilang begitu sahaja.
“Hari tu akaun IG Anggerik kena hacked, habis semua gambar hilang. Dia sedih sangat-sangat sebab semua gambar dari dia kecil baby ada.
“Anggerik tanya mummy, followers anggerik hanya 10.3 ribu tapi kenapa orang hacked?
“Mommy cakap it’s ok sayang,orang tu minat sangat kat anggerik. Sebab mommy pun blur, tak tahu nak jawab apa,” katanya.
Rebecca berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi Entri tersebut dia memuat naik foto anaknya itu.
Rebecca sempat meminta pengikut dan peminatnya mengikuti anaknya ke akaun IG yang baru.
“Apa-apa pun Anggerik dah ada IG baru okay. Aunty yang mana follow Anggerik dari Anggerik baby lagi, boleh follow @noranggerikrenesmee2013” katanya lagi.
Rebecca mendirikan rumah tangga dengan, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael dan Nor Ahmat Al-Reaggan selain dua orang anak angkat, Nor Adam Daniel dan Nor Aurora Riana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar