Bekas penyampai radio, Raqib Majid memberitahu sesibuk mana pun dirinya, dia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menemani isterinya Tasha Manshahar membuat pemeriksaan kehamilan.

Kata Raqib dalam pada yang sama dia cuba untuk memenuhi kehendak Tasha untuk memilih hospital yang dia mahu untuk melahirkan anak kedua mereka.

“Hari ini for the first time Muammar ikut daddy bawa mommy check-up. Lain rasanya bila ada anak lelaki sulung teman. Dapat jugak Muammar tengok adik sebelum adik keluar tak lama lagi.

“Sebagai seorang suami dan ayah, walau sesibuk mana tetap saya cuba adakan masa untuk tak terlepas teman Tasha check-up since Tasha mengandungkan Muammar lagi.

“Alhamdulillah Allah bagi rezeki waktu. Kalini Tasha tanya boleh ke dia nak pilih hospital yang dia nak, jadi saya tunaikan. Tok guru saya pesan, kalau nak murah rezeki jangan berkira dengan isteri, anak-anak dan keluarga. Doakan saya ya,” katanya.

Raqib berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik rakaman video sepanjang perjalanannya menemani isterinya di hospital.

A post shared by Raqib Majid (@raqibmajid)

Pun begitu, Raqib memberitahu Tasha agak sedikit sedih kerana untuk kali kedua bakal melahirkan bayinya secara pembedahan.

“Cuma tasha sedih sikit hari ini sebab doktor kata baby tak pusing ke posisi yang sepatutnya. Jadi doktor cadangkan untuk set Tarikh (pembedahan).

“Saya tahu jauh di sudut hati Tasha nak cuba untuk bersalin normal sebab dia dah ada pengalaman czer masa melahirkan Muammar.

“Tapi, saya pesan pada dia Allah tahu yang terbaik. Yang penting mommy dan baby selamat. Minta doa semua agar dipermudahkan urusan kami sekeluarga,” ujarnya.

Raqib mendirikan rumah tangga dengan Tasha pada 8 September 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Muamar Rafiqi, 3 tahun.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!