,
Laman Utama

“Dia Sendiri Tahu Saya Tak Pernah Abaikan Anak-Anak” - Shuhada Terkilan Kediaman Diserbu JKM

Gempak
01/11/2023
01:55 MYT
"Adakah dia lebih sanggup melihat anak-anak diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada dijaga oleh ibu mereka sendiri?".
Demikian luahan bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri ketika diminta mengulas mengenai kediamannya dikunjungi oleh pihak JKM kerana didakwa mengabaikan anak-anaknya.
“Pihak JKM memang datang ke rumah selepas menerima laporan. Mereka hanya menjalankan tugas mereka dan saya rasa, tak ada masalah pun.
Cumanya, yang membuatkan saya terkilan adalah, kenapa dia membuat laporan dan dakwaan kononnya saya mengabaikan anak-anak sedangkan itu tidak benar sama sekali.
"Dia sendiri pun tahu, saya tak pernah abaikan anak-anak," katanya seperti dilapor Harian Metro.
Ditanya sama ada pihak Hafidz memberikan alasan kukuh, mengapa tindakan membuat laporan kepada JKM itu dibuat, Shuhada juga tidak tahu apa alasannya.
"Dia tak berikan sebarang sebab atau alasan, mengapa dia bertindak sedemikian. Saya tak pernah menuduh dia apa-apa.
"Tapi, sampai hati dia menuduh saya menggunakan anak-anak untuk cari duit. Saya cari duit, cari rezeki pun untuk tanggung kehidupan saya dan anak-anak," katanya.
Shuhada hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa untuk prosiding tuntutan hadanah, namun, permohonannya untuk memasukkan nama ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai respondan kedua bagi menjaga kedua-dua anaknya, tidak dipersetujui oleh pihak Hafidz.
"Ketika kami masih bergelar suami isteri pun, memang ibu saya yang akan membantu menjaga anak kalau ada apa-apa berlaku contohnya, salah seorang anak masuk hospital atau apa.
"Jadi, alasan saya memang kukuh memandangkan saya pun ada ketikanya, perlu keluar bekerja mencari rezeki. Tapi, pihak mereka menolak permohonan itu.
"Dia minta hadanah kekal, di mana, hak penjagaan anak adalah untuk dia seorang sahaja. Jadi, dalam kata lain, kalau saya nak berjumpa anak, saya tak boleh bermalam dengan anak-anak," katanya.
Shuhada dan Hafidz berumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah dan Umar sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 27 Julai lalu.
Sumber: HARIAN METRO
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Hiburan

Mohon Doa Yang Terbaik, Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Berasingan Ke Mahkamah - “Saya Harap Semua Dapat…”

gempak
20/11/2024
01:42 MYT
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas berhubung prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian terhadap suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Berita

Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

gempak
18/11/2024
04:50 MYT
Bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sebuah sekolah menengah di Sri Gading, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, hari ini, atas 63 pertuduhan amang seksual bukan fizikal termasuk memiliki video pornografi kanak-kanak.
Hiburan

Shuib Syukur Ada Peneman Di Mahkamah, Watie Hanifiah Siap Puasa Sunat - “Nak Minta Kat Allah…”

gempak
14/11/2024
23:55 MYT
Pelawak Shuib meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang juga usahawan, Watie Hanifiah turut menemaninya di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Hiburan

Murah Dengan Senyuman, Netizen Puji Fazura Layan Peminat Di Mahkamah - “Peramah & Humble Orangnya”

gempak
13/11/2024
09:55 MYT
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura bermesra dengan peminatnya ketika di mahkamah bagi urusan hak penjagaan anaknya mengundang pujian daripada netizen.
Unitar