Laman Utama

“Dia Silent Killer” - Ramai Yang Terkejut Mummy Jerung Boleh Menyanyi? Ini Justifikasi Ajai Selaku Juri

gempak
Izwan Isa
17/02/2022
07:50 MYT
Sponsor Banner
“Dia Silent Killer” - Ramai Yang Terkejut Mummy Jerung Boleh Menyanyi? Ini Justifikasi Ajai Selaku Juri

Ketika diperkenalkan sebagai salah seorang peserta Big Stage 2022, nama Sofiaa Marieylla sering disebut sebagai peserta ‘pemeriah acara’.

Mungkin kerana cara namanya dikenali bukanlah seperti peserta-peserta lain. Jika penyanyi yang terlibat dalam Big Stage 2022 kebanyakannya dikenali menerusi kemantapan vokal dan kebolehan menyanyi dengan baik, namun lain pula ceritanya buat Sofiaa.
Popularitinya meroket selepas beberapa video bersama Skuad Jerung Merah viral di TikTok, wanita kelahiran Terengganu itu lebih sinonim sebagai influencer media sosial yang mencipta kandungan (content) buat pengguna.
Namun, siapa sangka, Sofiaa atau popular dengan nama julukan Mummy Jerung membuktikan yang dia mampu untuk bersaing dengan peserta lain.
Selepas memukau penonton dengan persembahan pertamanya dengan lagunya sendiri, Akulah Jerung Merah, Sofiaa terus menyorot perhatian penonton dengan persembahan di konsert minggu kedua menerusi lagu Aca Aca Nehi Nehi.
“Sofia Marieylla ni silent killer dalam Big Stage 2022. Kalau dia konsisten, ada potensi ke final,” tulis seorang netizen di media sosial.
“Baiklah Mummy Jerung. First week dengar dia tarik lagu Akulah Jerung Merah pun aku dah tahu dia memang boleh menyanyi,” tulis seorang lagi netizen.
Bertanyakan tentang prestasi Sofiaa kepada Ajai, komposer dan penyanyi popular itu berkata, sudah menjadi tugas juri untuk menilai persembahan pada malam konsert, bukan berdasarkan penilaian awal orang ramai
“Sebab itu kita menilai berdasarkan apa yang kita dengar pada waktu itu. Kita tidak berpegang pada telahan awal orang ramai.
“Apa yang kita dengar ketika itu, kita beri markah, bukan berdasarkan favouritism ke apa. Ada yang bagus boleh turun dan yang berada di bawah juga boleh naik,” katanya kepada Gempak.
Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika penjurian juga berpendapat yang Sofiaa berjaya membina persona di atas pentas sekaligus memberikan persembahan menarik pada minggu lalu.
Penyanyi lagu Anta Permana itu juga berpesan supaya Sofiaa menggunakan peluang yang ada untuk terus konsisten sehingga ke minggu akhir.
Pada minggu lalu, Sofiaa berjaya menduduki tempat kedua dengan markah sebanyak 76.5%. Untuk minggu ini, Sofiaa bakal menyanyikan lagu daripada Siti sendiri iaitu Bicara Manis Menghiris Kalbu.
Selain Sofiaa, 10 lagi peserta yang bakal meneruskan perjuangan menerusi Big Stage 2022 ialah Tuah Adzmi, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla dan Aisha Retno.
Big Stage 2022 bersiaran bermula 6 Februari di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live