Laman Utama
“Dia Tak Bangun-Bangun…”-Dj Lin Pohon Doa Buat Ibunya
Penyampai radio popular Dj Lin berkongsi keadaan ibunya yang terpaksa dikejarkan ke hospital Sabtu lalu dan memohon doa dari orang ramai.
Menerusi ruang kapsyen pada klip yang dikongsi Lin di akaun Instagramnya, dia menyatakan ibunya tidur terlalu lama dan tidak sedarkan diri.
“Lin berada di Hospital Sultan Ismail (HIS) Johor Bahru jaga mak dekat wad 10A.
“Hari ni mak tidur dari pukul 1 tengah hari sampai pukul 8:30 malam dia tak bangun-bangun. Kenapa agaknya ye?
“Doakan mak Lin diberi keajaiban & kesembuhan hendak-Nya” tulis Lin.
Di satu entri lainya, Lin menyatakan ibunya akan menjalani proses dialisis pada selasa dan dirinya kesedihan kerana terpaksa meninggalkan ibunya seketika atas tuntuan kerja.
“Pagi ni Lin terpaksa tinggalkan mak seketika untuk kembali terbang ke Kuala Lumpur.
“Sebab malam ni Lin akan terima anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia bagi tahun 2021/2022.
“Doakan sesi dialisis mak Lin dipermudahkan dan keadaan kesihatannya bertambah baik, sembuh dan dapat pulang ke rumah semula” tambah Lin.