"Dia Tak Nak Ngaku, Menyalak Tak Habis-Habis" - Hatta Dolmat Sindir Siapa Tu?

Kamaruddin Razal
November 6, 2019 01:25 MYT
Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat mendakwa pihak yang dikatakan meniru gaya rekaan busana miliknya enggan mengaku kesilapan diri.
Sebaliknya, Hatta menyifatkan pihak berkenaan seboleh-bolehnya mahu mempertahankan dirinya.
"Hahahaha, dia dah ciplak dia taknak ngaku, menyalak tak habis-habis. Hehehe. Thank you mak ayam," tulis Hatta di Twitter.
Status tersebut dimuat naik sebagai respons kepada komen yang ditinggalkan pengacara sensasi, Azwan Ali.
"Baru semalam terclick kisah panas you! Your lawan dah kena bash ya! Sesuai muka ciplak dia!," tulis Azwan kepada Hatta.

Hahaaha dia dah ciplak dia taknak ngaku menyalak tak habis2 heheh tq diva mak hayam ??

— HATTA DOLMAT (@hattadolmatHDC) November 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Biarpun tidak menyebut sebarang nama individu, sindiran tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kontroversi melibatkan busana yang dipakai peserta Gegar Vaganza 2019, Wann pada persembahan minggu keempat Ahad lalu.
BACA: [VIDEO] Baju Dikatakan Sama Dengan Rekaan Fashion Designer Lain? Ini Jawapan Wann!
#Pereka Fesyen #Hatta Dolmat