Laman Utama

"Dia Tak Nampak Tertekan Pun" - Diana Danielle Bangga Farid Kamil Lakonkan Watak Anwar Ibrahim, Nasihati Netizen Jangan Politikkan Isu

Shahrin Zulkifle
22/11/2022
04:00 MYT
Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa bangga apabila suaminya yang juga seorang pelakon Farid Kamil dipilih untuk memegang watak tokoh politik Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah filem terbaharu berjudul Anwar.
Melakukan perbincangan sebelum menerima tawaran tersebut, Diana menjelaskan Farid langsung tidak kelihatan seperti membawa satu beban yang berat ketika menjayakan watak berkenaan.
Malah, Diana berharap keputusan Farid membintangi filem Anwar tidak jadikan bahan politik oleh mana-mana pihak.
“Saya bangga dengan Farid apabila dia lakukan watak ini, sama sekali tidak nampak sebagai satu beban yang besar, dia pun ada bincang dengan saya sama ada perlu ambil atau tidak tawaran ini.
“Untuk saya sebagai pelakon perlu sentiasa cari peluang walaupun naskhah itu bukan tentang politik sekali pun.
“Pelakon perlu cari makan, kami mahukan karier yang gemilang, jadi inilah antara perjalanannya. Saya harap perkara ini tidak dipolitikan kenapa Farid terima tawaran ini,” katanya.x
Diana berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem terbaharu arahan Farid berjudul Remp-it 2 di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam masa sama, Diana berkata suaminya juga tidak kelihatan tertekan sepanjang menjalankan penggambaran filem terbitan produksi Indonesia Bianglala Entertainment itu.
“Dia tak nampak pressure pun, Farid adalah seorang manusia yang tenang, saya sebenarnya yang jenis tak tenang.
“Saya tak nampak struggle dia, Farid seorang yang sangat pendiam dan dia bercakap hanya untuk benda yang perlu, jadi dia tidak bebankan orang dalam rumah.
“Kalau benda itu susah pun dia akan simpan sendiri, mungkin sebab sifat semula jadi seorang lelaki memang begitu,” tambahnya.
Terdahulu, berita mengenai penglibatan Farid dalam filem arahan Viva Westi yang mengangkat perjuangan tentang tokoh politik menentang rasuah di Malaysia sejak tahun 1993 hingga 1998 telah mendapat pelbagai reaksi netizen.
Untuk info, filem Anwar diolah daripada kisah benar dan alur ceritanya adalah mengenai perjuangan Anwar Ibrahim melawan sebuah sistem yang korup dalam negara.
Manakala Remp-it 2 merupakan sambungan Remp-it yang penah dihasilkan pada 2006. Bertindak selaku penerbit, pengarah dan pelakon, Rempi-it2 turut membariskan pelakon seperti Cat Farish, Ahirine Ahirudin, Julia Hana, Izzue Islam, Niezam Zaidi, Farez Ridzwan, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Mamak Puteh, Rudy GTB, Gabit Saleh dan Shahkimin.
Sinopsis:
Remp-it2 mengisahkan kesinambungan kehidupan Madi selepas kejadian yang menimpanya dan Spark dahulu. Madi sekarang bekerja sebagai seorang instruktor di sebuah pusat latihan motosikal yang dimiliki oleh rakannya, Roy.
Selepas kejadian itu, Madi sudah berazam untuk tidak berlumba dan meninggalkan dunia rempitnya. Kini Madi fokus sebagai pelumba professional.
Pada suatu hari, secara tidak sengaja Madi telah berentap di jalanraya dengan Ajak, iaitu orang Spark. Madi yang cuba mengelak dari terlibat dalam perlumbaan haram membuat helah dengan meninggalkan perlumbaan tersebut.
Namun Ajak tidak berpuas hati dan sekali lagi meneriah Madi di jalanraya dan berlumba sekali lagi tetapi kali ini bersama Dekwan dan konco-konconya. Berita kemunculan Madi sampai ke pengatahuan Spark yang berada di dalam penjara.
Spark bakal dibebaskan tidak lama lagi dan dia tidak sabar untuk berentap semula dengan Madi. Apakah kesudahan peperangan Madi dan Spark? Saksikan Remp-it2 diseluruh pawagam Malaysia sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
goldmovie

#Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar

gempak
15/07/2024
05:55 MYT
Memainkan watak sebagai Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek (Rashid Sidek) menerusi filem Gold, pelakon Farid Kamil berkongsi tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu menyarungkan jersi badminton sebenar daripada tahun 1992 bagi menjayakan karakter tersebut.
Hiburan

A.R Rahman Bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ini Hal Yang Dibincangkan!

gempak
10/07/2024
06:36 MYT
Meskipun jadual padat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dengan penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman di Bangunan Parlimen, semalam.
Hiburan

Farid Kamil Lalui Fasa Bahagia Selepas Rujuk, Tolak Dakwaan Jadi Pasangan Contoh - “Apa Yang Kami Buat Adalah Kembali Kepada Niat Asal Berkahwin”

gempak
06/07/2024
00:59 MYT
Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila kehidupannya kini lebih bahagia selepas kembali rujuk dan memulakan lembaran baharu bersama isteri tercinta, aktres, Diana Danielle.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.