Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Dia Tak Perform Atas Padang Tak Kena Mengena Dengan Personal” – Syifa Melvin

Fiza Kamarudin 04/03/2020 | 07:26 MYT
Pelakon Syifa Melvin akhirnya bersuara mempertahankan diri selepas tular mengenai dirinya dikaitkan dengan status di Insta Story Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), hari ini.
Syifa menerusi muat naik terkini di Instagram (IG)nya berkata prestasi merudum bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid tidak ada kaitan dengan dirinya.
Adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu turut menegaskan tidak pernah campur tangan dalam hal melibatkan kerjaya Safawi.
“Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal, sekali pun Syifa tak pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.
“Tak tau pulak boleh jadi besar macam ni. Terima Kasih kepada yang komen maki, hina atau puji… Syifa doakan korang jangan melatah dengan apa yang korang baca, yang mengalami dan rasai hanya kami berdua,” tulisnya.
Selain itu Syifa turut menjelaskan dia bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan menampung dirinya sendiri.
“Saya bekerja siang malam cari duit sendiri, tidur tak cukup apatah lagi rehat…Tak cukup hanya untuk nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri.
“Tak pernah sekali mintak duit “dia” untuk sara hidup... Dia pun kenal Syifa macam mana”, katanya.
Pelakon #SisCuba ini turut menafikan dakwaan memaksa Safawi berkahwin dengannya pada tahun ini.
“Part paksa kahwin, demi Allah tak pernah sesekali…Tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, cuma dia sahaja tahu”, ujarnya.
Terdahulu, pemilik JDT, TMJ, memuat naik posting mengenai kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu, Safawi Rasid, disebabkan tekanan daripada kekasih termasuk memaksanya untuk berkahwin.
#TMJ #Safawi Rasid #Syifa Melvin
;