,
Laman Utama

"Dia Tak Pergi Mana-Mana Pun, Duduk Rumah Saja" - Aisar Khaled Bimbang Ibu Positif COVID-19

Amri Hassan
27/08/2021
09:20 MYT
Ibu kepada personaliti media sosial, Aisar Khaled, Roslina Abdul Rashid disahkan positif virus COVID-19 pada Khamis.
Kata Aisar, 21, ibunya yang sudah mendapat dos kedua vaksin minggu lalu menjalani ujian calitan COVID-19 selepas beberapa hari demam.
"Ibu saya disahkan positif (COVID-19) pagi semalam dan dia mendapat vaksin dos kedua minggu lepas.
"Kemudian dia demam beberapa hari tapi sihat balik selepas itu, tapi demam semula baru-baru ini. Jadi, saya sarankan dia buat ujian calitan COVID-19 semalam.
"Apabila disahkan positif terus ambulans datang ambil malam semalam dan dia disahkan stage dua.
"Ibu saya sebenarnya tak pergi mana-mana pun, dia ada duduk rumah saja, kalau keluar pun ada keluar beli barang depan rumah.
"Tapi nak buat macam mana, Allah beri ujian macam ni sebab Allah sayangkan kita," ujarnya kepada Gempak.
Aisar terdahulu berkongsi sepotong video menghantar ibunya menaiki ambulans untuk dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Maeps, Serdang, Selangor malam tadi.
Berkongsi perkembangan terbaharu, abangnya yang turut tinggal bersama negatif virus berkenaan bagaimanapun Aisar masih belum membuat ujian saringan COVID-19.
"Saya belum buat ujian tapi abang saya negatif. Mudah-mudahan saya pun negatif.
"Buat masa sekarang saya dan ibu masih berhubung, keadaannya stabil cuma dia kurang selera makan.
"Saya nak minta doa kepada semua, maafkan ibu saya dan saya yang banyak buat salah dan sebagainya. Maafkan semua orang semoga dipermudahkan segala urusan," tambahnya.
Merindui ibunya, Aisar turut berkongsi sepotong video bersendirian di bilik ibunya serta membersihkan katil ibunya dengan cecair pembasmi kuman.
"Setiap ujian pasti ada hikmahnya, jangan terlalu bersedih tau semua. Mama balik nanti Aisar jaga mama tau. Hargailah mereka yang masih ada," tulis Aisar menerusi hantaran di Instagram Stories.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni