Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Dia Tak Pernah Paksa Saya Untuk Masak" - Ain Edruce Dedah Suami Lebih Suka Masuk Dapur

ZULHILMI JALIL 21/08/2020 | 01:31 MYT
Pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui berasa cukup bertuah apabila dikurniakan seorang suami yang cukup memahami dan banyak membantunya dalam urusan rumah tangga.
Bahkan, menurut Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 29, antara perkara yang cukup bermakna buatnya apabila dianugerahkan seorang suami yang rajin ke dapur untuk memasak dalam menyediakan juadah harian.
"Satu yang bagus mengenai Amirul ni, dia suka masak. Bahkan, jika saya balik kerja, dia akan tanya 'sayang nak makan apa' sebab dia nak pergi beli barang untuk masak.
"Kalau saya balik kerja penat-penat pun, dia tak pernah paksa saya untuk masakkan untuk dia, tak ada minta saya bangun pagi sediakan makanan," katanya kepada Astro Gempak.
Bahkan, sejak mendirikan rumah tangga, menurut Ain, suaminya itu juga lebih banyak memasak berbanding dirinya.
"Sejak berkahwin, rasanya dia yang lagi banyak memasak berbanding saya. Jadi, saya tak boleh nak merungut apa-apa walau dia seorang yang tak romantik. Lebih baik saya diam sebelum dipertikai sebab saya jarang masak.
"Lagipun, saya pun suka bila dia masakkan untuk saya. Bila dia masak, saya buat kerja lain seperti mencuci. Amirul ini adalah definisi lelaki yang suka 'give and take'," katanya yang bakal muncul sebagai pengacara program Immortal Songs.
Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.
BACA: "Saya Tak Ada Merancang Pun" - Ain Edruce Akui Dah Mula Diasak Soal Baby
#masak #Suami #Ain Edruce
;