Laman Utama
“Dia Telah Fitnah Saya Pukul & Beri Alasan Dah Ada Orang Lain” - Syamsul Yusof
Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menyangkal dakwaan yang dikeluarkan oleh isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana yang mendakwa dia telah memukul pelakon tersebut.
Menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah, Syamsul berkata dia tidak percaya apabila Sarah tergamak mengeluarkan tohmahan sedemikian terhadapnya.
“Dia telah fitnah saya pukul dan tak memberi nafkah. Saya terpinga-pinga bila tahu dia buat dakwaan sebegitu. Mungkin dia benci saya ketika itu, tapi takkan sampai begini?
“Dia tahu saya tak pernah walau sekali memukul dia. Kononnya mak saya selamatkan dia. Macam mak saya jadi hulk ketika itu ke?
“Itu ada kaitan dengan permohonan nusyuz kelmarin. Ada ahli keluarga menelefon saya juga mengakui perkara itu tak pernah berlaku.
“Saya ada anak perempuan, ada ibu dan isteri-isteri yang amat saya sayangi serta hormati. Saya tak mahu keruhkan keadaan tapi saya perlu jelaskan,” katanya kepada Gempak.
Syamsul berkata demikian ketika ditemui pada sesi sidang media khas yang diadakan di ibu kota pada Rabu.
Dalam pada itu, Syamsul mendedahkan dia berulang kali mencuba untuk mengajak Puteri Sarah berbincang, namun permintaan tersebut ditolak oleh isterinya.
Jelasnya lagi, Puteri Sarah kerap kali meminta untuk dilepaskan dengan alasan dia sudah mempunyai orang lain.
“Saya ada hubungi dia untuk berbincang menyelesaikan kemelut ini. Saya tanya apa dia mahu? Bukan mahu terus bercerai, berbincang dahulu.
“Malangnya bila saya hubungi, dia minta dilepaskan dan cakap sudah ada orang lain.
“Sarah, jangan risau tentang anak-anak. Saya bukan seorang ayah yang kejam. Saya takkan ambil anak-anak daripada ibunya sendiri,” tambahnya.