gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Masih Belum Jumpa 'Jodoh' Yang Sesuai, Fatiya Latiff Kongsi Ciri-Ciri Jejaka Yang Boleh Tawan Hatinya - “Saya Nak Seseorang Yang…”
BERITA
Cerita Zara Qairina Dimasukkan Ke Mesin Basuh Hanya Spekulasi - Peguam
HIBURAN
Erra Fazira Dedah Cara Pantau Anak Guna Telefon Bimbit - “Kalau Dia Buat Salah Atau Langgar Perjanjian Maka…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

"Dia Tengok-Tengok Sekilas, Zara Takut" - Sambungan Rakaman Suara Zara Qairina Tular

Gempak
Gempak
06/08/2025
05:28 MYT
Sponsor Banner
"Dia Tengok-Tengok Sekilas, Zara Takut" - Sambungan Rakaman Suara Zara Qairina Tular
Rakaman suara keempat melibatkan perbualan dipercayai antara Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, dan ibunya, Noraidah Lamat, 45, pula tular di media sosial.
Rakaman suara berdurasi hampir dua minit itu dipercayai menjadi sambungan kepada rakaman yang tular pada Isnin.
Dalam rakaman suara itu memperdengarkan luahan Zara Qairina mengenai rakannya, Yasmin, yang didakwanya turut menjadi mangsa gangguan oleh sekumpulan pelajar senior disebabkan fitnah yang diceritakan sebelum ini.
Dalam audio berkenaan, Zara memberitahu ibunya bahawa rakan-rakan tidak mempunyai pilihan selain menurut arahan apabila dipanggil oleh senior.
"Mak, mak, masalahnya macam mana dia tidak pergi... Kakak tu sendiri yang cari dia di kelas, lepas tu kakak tu sendiri suruh, 'kau pegi naik atas sekarang'. Lepas tu kakak tu ikut dia dari belakang… Macam mana dia mahu lari?
"Si Yasmin pun ikut… Masuk-masuk saja ke kelas, terus dia menangis mak.
"Lama mak (dipanggil)... Mahu dekat satu jam begitu," kata Zara.
Zara turut meluahkan rasa takut untuk melawan atau mengelak kerana bimbang dimarahi oleh pelajar senior.
Malah katanya, dia pernah diberi amaran secara halus hanya melalui renungan tajam yang cukup membuatkannya berasa terancam.
“Hari itu pun dia tengok-tengok Zara sekilas, sudah Zara takut… Apa lagi ini,” katanya.
Ibunya kemudian menasihati agar jika Zara Qairina dipanggil lagi, dia boleh memberi alasan untuk beredar.
Namun, remaja itu menjelaskan, tindakan seperti itu hanya akan memburukkan keadaan.
“Mak, mak, makin dikata begitu, makinlah dia marah,” balasnya.
Melihat situasi yang semakin meresahkan, Noraidah menyarankan agar ibu kepada Yasmin tampil membuat laporan kepada pihak warden, yang dikenali sebagai Cikgu Zabidi, seperti yang disebut dalam rakaman tersebut.
"Menurutnya, kalau tentang asrama, boleh lapor dengan Ketua Warden," katanya.
Rakaman suara perbualan dua beranak tersebut menarik perhatian warga maya yang sebelum ini melihat kematian Zara Qairina dikaitkan dengan dakwaan insiden buli di sekolah tersebut.
Sementara itu, peguam mewakili Noraidah, Hamid Ismail ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan rakaman keempat tersebit adalah milik suara anak guamnya dan Zara Qairina.
Pelajar Tingkatan Satu itu sebelum ini dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Topic Berkaitan
#Viral
#sekolah
#Sabah
#Maut
#Rakaman Suara
#Zara Qairina
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement