Hiburan
“Dia ‘Terbang’ Dari Jepun Untuk Gembirakan Saya” – Eyra Hazali Terkejut Lelaki Bertopeng Naik Pelamin
Pelakon Eyra Hazali pada petang semalam (Isnin) telah berkongsi sepotong video ketika abang kandung membuat kejutan pada majlis resepsinya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Eyra di laman sosial Twitter, dia memberitahu abangnya sanggup pulang dari Jepun semata-mata untuk membuatkan dirinya gembira.
Tambah Eyra lagi hubungan rapatnya dengan abang sehingga tahap dia berkongsi segalanya termasuk hubungan cinta.
Malah, abangnya juga yang menyuruh dia dan suami, Mohd Haziq Nadli yang juga penjaga gol pasukan negara bawah 22 tahun itu berkahwin cepat.
Dia turut berasa sedih ketika mendapat tahu abangnya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka.
“Saya kongsi semua tentang hubungan percintaan saya dengan abang. Abang yang suruh kami kahwin cepat.
“Saya sedih bila dapat tahu abang tak ada masa saya kahwin dan…saya tak sangka dia sanggup travel dari Jepun untuk buat saya gembira,” tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada majlis berkenaan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.