Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Dia Teringat Waktu Kecil Saya Selalu Beri Dia Telefon Saya .." - Ismail Izzani Balas Jasa Kakak Dengan Hadiahkan Sebuah Telefon Bimbit. So Sweet!

Zulaikha Yusof 14/05/2020 | 05:40 MYT
Penyanyi Ismail Izzani membuat kejutan dengan menghadiahkan kakaknya, Nur Izzati Zainal Nazeri atau lebih dikenali dengan Zati sebuah telefon bimbit sempena hari lahirnya yang ke-25.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Zati yang tidak menyangka kerana pada awalnya Ismail atau lebih mesra dengan Mael hanya mengajaknya untuk menemani beli barang.
"Baru-baru ini adik tanya, "Along, jom teman adik pergi KLCC kejap. Nak beli barang kat Machines'. Sudah lama saya tidak pergi pusat membeli-belah dan sangat teruja nak teman dia.
"Tetapi tentu saja, saya membawa banyak 'sanitizers' bersama saya dan menahan diri daripada menyentuh hampir semua perkara. Bukak pintu pun pakai kaki ok.
"Agak panjang di Machines sebab mereka had pelanggan masuk dalam kedai dan kami diminta isi maklumat diri sementara menunggu.
"Sebaik sahaja kami memasuki kedai, adik pergi ke bahagian Iphone, dia menoleh ke arah saya dan berkata 'long, pilih la nak yang mana'. Saya hanya anggap ia jenaka.
"Kami berdua memakai topeng sehingga saya tidak tahu adakah dia serius dan memerlukan sedikit masa untuk dia menyakinkan saya. Dia tahu saya sudah lama inginkan telefon baru.
"And it was such a sweet gesture from him. Selepas bayar untuk Iphone pilihan saya, dia peluk dan berkata yang dia teringat waktu kecil saya selalu beri dia telefon saya," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

- Recently little brother asked me, “Along, jom teman adik gi klcc jap. Nak beli barang kat Machines.” It’s been ages since i last been to a mall and so i was pretty excited to teman him. But of course, i brought multiple sanitizers with me and refrained myself from touching almost anything. Bukak pintu pun pakai kaki ok?. It was quite a long queue at Machines since they limit the number of people in the store and we were asked to fill in our details while waiting in line. . Once we entered the store, i followed adik as he browsed through gadgets & as he approaches the iphone section, he turned to me and said, “Long, pilih la nak yang mana.” I was like “harhar very funny dik ?”. We both had our masks on so i really couldnt tell whether he was being serious and it took some time for him to actually convince me. He knows i’ve been itching to get a new phone and it was such a sweet gesture from him. After paying for the iphone i’ve selected, he hugged me and said, “Adik ingat kecik2 dulu along slalu bg adik hp along.” (Being the youngest, he used to get hand-me-downs). . Rupa-rupanya, mmg gi klcc to buy me a gift je. He had no intentions to buy anything for himself pun ?. It was such a happy moment for me, not just because of the wonderful surprise, but the fact that adik appreciates the little things i did. Growing up i wasn’t around most of the time, being in boarding school n studying overseas. But we somehow remained close, sharing the same interests and secrets too. So here’s a little appreciation post for you little brother. Thanks for the birthday gift, i love it! Thank you & love you ❤️ #mylilbiebs #sibs

A post shared by Chixyy (@zatizainl) on

Dalam pada itu, Zati menyatakan walaupun jarang bersama disebabkan belajar di luar negara namun keakraban mereka adik beradik masih utuh.
"Rupa-rupanya memang pergi KLCC untuk belikan saya hadiah saja. Dia tidak ada niat untuk beli apa-apa untuk diri sendiri pun.
"Momen paling gembira untuk saya. Bukan disebabkan kejutan istimewa tapi cara adik menghargai perkara kecil yang saya lakukan.
"Walaupun saya jarang ada bersama disebabkan belajar di luar negara tapi kami tetap rapat.
"Kongsi minat yang sama dan juga semua rahsia. Jadi ini penghargaan kecil untuk adik. Terima kasih untuk hadiah hari lahir, saya sangat sukakannya! Terima kasih dan sayang adik!" tulisnya lagi.
#Ismail Izzani #Kakak #Telefon Bimbit
;