Penyanyi dan pelakon Izzue Islam mendedahkan isterinya, Awin Nurin cedera akibat terjun dari tangga ke bawah rumah mereka gara-gara panik ketika melarikan diri dari seekor biawak.

Akibat kecederaan itu, Awin mengalami bengkak dan lebam di kaki.

“Awin cedera masa lari dari biawak. Dia terjun dari tangga ke bawah. Terus kaki lebam dan bengkak,” katanya.

Izzue berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Awin kelihatan terhincut-hincut berjalan sambil kaki sebelah kanannya berbalut.

Doakan kaki @awinnurin cepat baik guys! Harini bengkak lagi. Video penuh ade kat youtube izzue islam ? #biawakpunyapasal #sapetaksayangbinidiagila

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam) on

Difahamkan, seekor biawak masuk ke rumah mereka tanpa disedari.

Dalam kemas kini terdahulu, Izzue turut berkongsi rakaman video ketika biawak itu berada di dalam rumahnya.

Doktor menasihatkan supaya Awin menjalani imbasan x-ray jika kaki masih bengkak dalam masa dua hari lagi kerana kemungkinan tulangnya patah atau retak.

“Dah pergi klinik doktor cakap kalau lagi dua hari bengkak tak susut dan masih sakit, disarankan untuk pergi x-ray pula.

“Takut tulang kaki dia retak atau patah. Doakan Awin ya, dia tengah sakit tu tapi kuat,” katanya lagi.

Pasangan ini berkahwin pada 2 Jun 2013 dan sehingga kini masih menanti kehadirian cahaya mata pertama dalam rumah tangga mereka.

Sebelum tido cube cek bawah katil tu! Kitorang dah kena pagi tadi ? video penuh kat youtube izzue islam. swipe up kat ig story pon boleh ?

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam) on