“Dia Terus Telefon Mak Saya…” - Zizi Kirana Kongsi Momen Sewaktu Dilamar Yusof Bahrin
Penyanyi Zizi Kirana berkongsi momen sewaktu dirinya dilamar oleh suami iaitu Yusuf Bahrin.
Menerusi satu sesi podcast SYOK di TikTok, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 40, menyifatkan Yusuf sebagai seorang yang berterus terang dan berani.
@zizii.kirana ?? #zizikirana #yusufbahrin #fyp #foryou #fypp #eseikeli ♬ original sound - zizii.kirana
Tambah pelantun lagu EH itu lagi, Yusuf juga sanggup menghubungi ibu Zizi menerusi panggilan video bagi menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama penyanyi tersebut.
“Yusuf tanya ‘Zizi awak nak kahwin bila?’ Dia (Yusuf) yang tanya. ‘Saya nak kahwin dengan awak’.
“Saya terperanjat, tapi saya cakap ‘okeylah pergi call mummy’. Dia pergi betul-betul minta nombor telefon mummy. Masa tu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak boleh lagi merentas negeri,” ujarnya.
“Mummy macam ‘kau yakinkah? Kau serius ke ni?’ Saya macam okey sahaja dan akhirnya kami bergelar suami isteri,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana Kongsi Detik Cemas Berdepan Letupan Bom Di Syria - “Pesan Pada Suami, Sekiranya Saya Syahid Ampunkan Salah Silap…”
ARTIKEL BERKAITAN: THSS: “Saya Pakai Niqab Untuk Majlis Tertentu” - Zizi Kirana
ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana Keguguran, Tak Sangka Diri Sedang Hamil - "Dua Kali Masuk Bilik Bedah Akibat ..."
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan buat pasangan itu.
“Moga berbahagia dengan suami.
“Ringkas je cara dia melamar.
“Bagus Yusof, sangat gentlemen,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021.
Pasangan berkenaan bagaimanapun belum dikurniakan sebarang cahaya mata kerana Zizi sebelum ini pernah mengalami keguguran sekitar akhir tahun 2021.