Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Dia Tiada Tahi Lalat Di Jari” – Bukan Couple Rings, Agensi Nafi Cincin Dipakai Lee El Milik Kim Jae Wook

Mya Amri
28/06/2019 10:56 MYT
Pihak pengurusan pelakon Korea terkenal, Kim Jae Wook, Management Soop menafikan hubungan cintanya dengan aktres Lee El.
 
Menurut Management Soop, dakwaan itu tidak benar dan Jae Wook juga terkejut dengan khabar angin tersebut.
 
“Tangan yang dirakamkan dalam foto yang dimuat naik itu sebenarnya bukan tangan Jae Wook. Jae Wook tidak mempunyai tahi lalat dibahagian jarinya.
 
“Jae Wook juga benar-benar terkejut sebaik sahaja mendengar khabar angin berkenaan. Dan sudah pastinya gosip cinta Jae Wook dan Lee El itu tidak benar sama sekali,” tegas wakil agensi tersebut.
 
Terdahulu, Lee el pernah berkongsi foto yang merakamkan bahagian jarinya memakai dua bentuk cincin sebelum memuat naik di akaun Instagramnya.
 
Netizen kemudiannya mendapati satu jenama barangan kemas terkenal telah memuat naik cincin yang sama di laman sosial rasmi mereka.
 
Menariknya, foto tersebut merakamkan jari seorang lelaki yang memakai bentuk cincin yang sama dengan Lee El
 
Spekulasi mengenai percintaan mereka mula timbul selepas netizen membuat perbandingan mengenai ‘hint’ percintaan mereka berdua berdasarkan lokasi tahi lalat yang terdapat pada jari Jae Wook.
 
Sumber: Soompi, Allkpop
 
#Artis Korea #Lee El #Kim Jae Wook