Hiburan
“Dia Tinggalkan Nota Kecil…”- Bakal Sambung ‘Master’, Nadzmi Adhwa Terima Hadiah Dari Ardell
Pelakon Nadzmi Adhwa terharu apabila isterinya Ardell Aryana menghadiahkan computer jenama Apple iMac sempena menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Master.
Menurut Nadzmi berjajnji dia akan lakukan yang terbaik dan menanam niat untuk ke peringkat tertinggi seterusnya iaitu PHD.
“Balik balik je dia tinggalkan nota kecik atas meja.
“Terima kasih sebab selalu support saya in everything. Dia (Ardell) kata dia dengan Urwa (anak) peminat number satu saya.
“Insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk sambung Master ni. Kalau ada rezeki sampai PHD Insyaallah!
“Kawan baik saya tahu segalanya tentang saya, dari dulu sampai sekarang. Kawan baik saya ialah isteri saya. Saya sayang awak isteri,” katanya.
Nadzmi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video rakaman menunjukkan computer yang dimiliki dan sekeping nota.
Dalam nota tersebut tertulis, “This is for you! Saya dan Urwa support awak sambung belajar,”
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan agar urusannya untuk sambung belajar dipermudahkan.
Terdahulu, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu.
Urwa selamat dilahirkan pada 5 June 2020, jam 2.22.22.
Must-Watch Video