Baru-baru ini tular satu video berdurasi satu minit memaparkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan seorang wanita cantik di pejabatnya.

Wanita yang menggunakan nama profil ‘Cleopatra’ di laman Instagramnya itu didakwa netizen seorang transgender yang bekerja dengan Syed Saddiq.

Menerusi laporan Astro Awani, Syed Saddiq menafikan melantik pembantu mahupun setiausaha sulit daripada golongan transgender.

“Ada fitnah berkata dia PA (pembantu peribadi) atau setiausaha saya, itu jelas fitnah.

“Kalau nak semak boleh tanya pegawai tertinggi KBS," katanya.

Tambah Syed Saddiq, beliau juga dimaklumkan individu yang menemuinya itu adalah wanita sejati selain mempunyai dua orang anak kandung.

“Saya dengar berita tular bahawa dia datang jumpa saya dikatakan transgender sampai mereka (netizen) guna perkataan pondan.

“Lepas itu saya terus semak dan dia datang secara berkumpulan, saya dimaklumkan bahawa dia ada anak dua orang, anak kandung,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani