HIBURAN

Diajak Buat ‘Private Session’, Andika Putera Hairan Masih Diganggu Lelaki Songsang - “Sekarang Ni Dah Kahwin…”

Asyraf Roslan 22/04/2025 | 07:25 MYT

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa hairan apabila masih menerima mesej berbaur tidak senonoh daripada lelaki songsang.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Andika berkongsi satu tangkap layar mesej perbulaannya bersama seorang individu yang mengajaknya untuk melayan nafsu songsang individu tersebut.

“​​Ada lagi ye zaman sekarang mcm ni, ingt zaman zaman wechat je.

“Come on, dah 2025! Dan lagi satu, kau dah kenapa nak telegram aku 😂 waktu zaman ig sado sado dulu, banyak lah dm macam ni.

"Sekarang ni dah kahwin, dua kali pulak😂😂😂 dah ada anak satu pon masih lagi macam ni,” katanya.

Mesej lelaki songsang kepada Andika Putera

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Andika untuk berhati-hati dan tidak melayan mesej individu yang tidak dikenali.

“Blackmail strategy tu. Beware buddy.

“Sempat lg tanya pondan ke x.. ada rasa minat ke dika.. better xyah reply terus laa..

“Alamakkkk dunia sekrg sangat scary and so daring.

“Sado susah, kurus susah, cuba boroi dlu bang... Mana tau dia hilg perasaan dah,” tulis netizen.

#Lelaki Songsang #Andika Putera #Private Session