Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Dialah Ibu Tiri Yang Aku Anggap Ibu Bapa Kandungku" - Ini Luahan Anim Ezati

Rozaimi Zubaidi 17/04/2019 | 03:45 MYT
Pengacara TV, Anim Ezati mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang ibu tiri yang menjaga dirinya sejak kecil lagi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Anim berkongsi gambar bersama ibu tirinya beserta kapsyen menyentuh hati.
"Seorang wanita yang cukup tabah, cekal, ikhlas dan kuat semangat.
"Menjadi ibu tunggal besarkan kami lima beradik tanpa membezakan kasih sayang.
"Dialah Ibu tiri yang aku anggap Ibu Bapa kandungku.
"Terima kasih Mak sebab jaga Anim dengan baik lepas Abah dan Mama pergi. Sayang mak. Sangat. Limpahkan rahmat buat Mak Ya Rabb," tulisnya.

. Seorang wanita yang cukup tabah, cekal, ikhlas dan kuat semangat. Menjadi ibu tunggal besarkan kami lima beradik tanpa membezakan kasih sayang. Dia lah Ibu tiri yang ku anggap Ibu Bapa kandungku. Terima kasih Mak sebab jaga Anim dengan baik lepas Abah dan Mama pergi. Sayang mak. Sangat ?❤️ . Limpahkan rahmat buat Mak Ya Rabb. #kasihseorangibu #setulusikhlas #kasihseorangmanusia

A post shared by Anim Ezati Rizki (@anim.ezati) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui tersentuh dengan kapsyen yang ditulis oleh Anim dan mereka mendoakan kesihatan ibu tirinya itu.
Sebelum aktif bergiat sebagai seorang pengacara TV, Anim pernah berkerja sebagai seorang pramugari yang berkhidmat untuk sebuah syarikat penerbangan tempatan.
#Anim Ezati #Pengacara TV
;