“Dialog Paling Susah” - Araso! Alamak Syanie Kena Cakap Korea Dalam Filem Jaga-Jaga Senariounion?
Pelakon dan pelawak Syanie akui terdapat beberapa cabaran dalam menjayakan wataknya dalam filem Jaga-Jaga Senariounion.
Menurut Syanie atau nama penuhnya Syaniza Hisham, 47, antaranya termasuklah untuk memastikan skrip dan karakter disampaikan dengan baik.
“Susahnya bila kita nak tunggu untuk sampaikan dialog. Ye lah artis yang terlibat ada tujuh hingga lapan orang.
“Kita nak tunggu bila turn. Jadi sukar sikit nak tunggu giliran. Saya kena pastikan bila sampaikan dialog ‘beat’ itu ada, props is there dan penyampaian sampai,” katanya.
Tambahnya, antara babak yang dirasakan sukar juga adalah ketika dia perlu menyampaikan beberapa bait perkataan Korea.
“Dialog paling susah adalah ketika kena cakap bahasa Korea. Masa tu kena ada satu karakter sikit dan cakap Korea,” katanya.
Untuk anda yang tertanya bagaimanakah Syanie membawa dan berbahasa Korea, jangan lupa saksikan Jaga-Jaga Senariounion Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Sekadar info, kisah Jaga-Jaga Senariounion bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.
Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.
Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut.
Semuanya menjadi teka-teki.