Skip to main content

Budaya Popular

“Diam Dan Sabar Saja Kerana Kebenaran Akan Terungkap Juga” - Raf Yaakob

astro_gempak_-(53).png

Menerusi muat naik di Threads, Raf atau nama sebenarnya nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob berkongsi pesanan agar setiap pasangan tidak perlu membuka cerita aib perkahwinan di media sosial.

Menurut Raf, dia menyifatkan setiap aib pasangan perlu disimpan kemas kerana kebenaran akan terungkap juga.

“Saya faham kadangkala anda semua spill sebab nak pertahankan diri sebab kena fitnah tetapi percayalah, diam dan sabar saja. Kebenaran akan terungkap juga. Jika tidak, anda menang dekat akhirat. 

“Hidup kita di dunia ni kan untuk kita cari bekalan akhirat. Jika sabar adalah salah satunya, jadi biarkan begitu,” tulisnya.

Pada November 2023, Mawar Rashid mengesahkan dia dan Raf Yaakob bersetuju untuk bercerai atas dasar tiada lagi persefahaman.

Untuk info, Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2017.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Raden Muhammad, 7, Raden Seri Rosabella Cinta, 4, Raden Seri Riyanna Sayang dan Raden Seri Rose Camilya, 2.

Must-Watch Video

Advertisement