Anggota kumpulan BLACKPINK, Rose memilih untuk meluangkan masa dengan peminat sebaik sahaja tamat konsert hari pertama mereka di Malaysia pada Sabtu lalu.

Rose atau nama sebenarnya Park Chae Young telah mengadakan sesi live di Instagramnya sejurus tiba di hotel untuk berehat.

“Hello everyone, hi guys i just drop by just to say good night. I’m just about to get wash up but I just thought I would say good night on the live here.

“How does everybody like this filter? I thought it was pretty cute. So it’s like 11:25 pm here in Kuala Lumpur, Malaysia,” katanya sambil tersenyum.

Walaupun hanya bersiaran langsung selama tiga minit namun perkara itu sudah cukup membuatkan peminat gembira.

Apatah lagi apabila melihat gelagat comel Rose sewaktu bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Korea sewaktu siaran langsung tersebut.

Selain Rose, Jisoo juga telah menghadiahkan video pendek 15 saat menerusi IG story miliknya.

Video tersebut merakamkan Jisoo melakukan ‘mini love’ sambil tersenyum khas buat Blinks (gelaran peminat).

Dalam pada itu selepas tamat konsert hari kedua, peminat dihadiahkan pula dengan foto Jennie dan Lisa dengan kapsyen berterima kasih kepada peminat Malaysia.


“Thank you Malaysia,” tulis Jennie



Terdahulu BLACKPINK telah mengadakan konsert selama dua hari di Kuala Lumpur pada 23 dan 24 March lalu bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.