Hiburan

"Diam Tak Bermaksud Salah Atau Kalah" - Nabil Mahir

gempak
Kamaruddin Razal
29/07/2019
12:00 MYT
Sponsor Banner
"Diam Tak Bermaksud Salah Atau Kalah" - Nabil Mahir
Rentetan pendedahan pelakon Sarah Hildebrand mengenai bekas kekasihnya, pengacara Nabil Mahir mula menjadi bahan sasaran oleh netizen.
Ruangan komen Instagram Nabil mula dikerumuni oleh warganet dan rata-rata netizen mengecam jejaka itu.
Terbaru, menerusi kemas kini Instagram, Nabil memuat naik swafoto dirinya bersama kapsyen yang menarik perhatian.
Seakan memberi penjelasan mengenai situasi yang sedang dihadapi, Nabil berterima kasih atas segala kutukan.
"Banyak benda boleh kongsi, tapi ada yang tak perlu, takut makan diri.
"Diam tak bermaksud salah atau kalah. Apa pun terima kasih atas semuanya, segala keaiban, fitnah dan kutukan," katanya.
Bekas penyampai HLive itu juga berterima kasih atas teguran yang diterima dan memohon doa yang baik-baik.
"Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Doakan yang baik-baik," tulis Nabil.
BACA: "Saya Dituduh Menghisap Kemaluan Pengurus..." - Sarah Hildebrand Buka Balik Punca Putus Cinta, Dakwa Diri Dihina, Dibuli & Dicurangi!
Sebelum ini, Sarah tampil dengan pengakuan dan pendedahan punca putus cinta dengan bekas kekasihnya.
Jelas Sarah, sepanjang lima tahun dia memendam rasa apabila sering dibuli dan dihina serta membuat pendedahan menerusi laman Instagram.
Biarpun Sarah tidak menyebutkan sebarang nama, ramai pihak terutamanya netizen yang mengandaikan individu yang dimaksudkan adalah Nabil.
Pada Februari lalu, Sarah dan Nabil membuat pengumuman putus cinta selepas lima tahun bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live