HIBURAN
Dian Sastro Sambut Ulang Tahun Pada Malam Nuzul Al-Quran: “Syukur Tak Henti-Henti”
Bintang filem Dian Sastrowardoyo melahirkan keterujaan kerana menyambut ulang tahun ke-43nya pada malam Nuzul Al-Quran.
BERITA TRENDING: Skandal Lampau Mentua Dian Sastro Kembali Diulas Netizen Di Indonesia Gara-Gara Sekeping Gambar Ini
Tanpa berlebihan, bintang filem Gadis Kretek ini meraikan ulang tahun bersama keluarga. Hal yang lebih membuat sambutan pertambahan usia Dian menjadi istimewa adalah dia meraikannya bersama sekumpulan anak-anak dari Yayasan Tarbiah Bunaiya.
Mereka lalu melakukan bacaan tilawah dan beribadat bersama pada malam penuh bahagia itu, seperti dikongsikan Dian di akaun Instagramnya.
Dian yang cantik berbusana putih dan memakai selendang warna sama melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat yang diberikannya pada ulang tahun yang disambut di bulan Ramadan.
“Alhamdulillah bahagia sekali kerana saya dapat menyambut ulang tahun bertepatan dengan malam Nuzul Al-Quran.
“Rasanya sangat indah bertilawah, beribadah dan berkongsi dengan adik-adik dari Yayasan Tarbiah Bunaiya dan orang yang saya kasihi.
“Syukur Alhamdulillah tak henti-henti,” tulis Dian di akaun Instagramnya.