Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Diana Danielle Bidas Komen Netizen Suruh Cari Lelaki Kaya - “Lelaki Pun Ramai Yang Bergantung Dekat…”

Asyraf Roslan 08/05/2025 | 12:55 MYT

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle membidas komen seorang netizen yang menyarankan agar dia mencari lelaki kaya untuk hidup senang.

Tegas Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, dia mampu berdiri atas kaki sendiri tanpa perlu bergantung kepada sesiapa untuk meneruskan kehidupan.

“Nak cari duit kerja. Kalau saya nak tangkap lelaki kaya dah lama dah dik. Sekarang yang kaya saya.
Pada masa sama, pelakon filem Magika itu turut menegaskan bukan semua lelaki mampu menjadi penyokong kewangan dalam satu-satu perhubungan.
“Lelaki pun ramai je yang bergantung dekat perempuan,” tulisnya.
Kenyataan pelantun lagu Raja Dusta itu mendapat sokongan daripada warganet dan menasihatinya untuk tidak menghiraukan komen negatif tersebut.
Sekadar info, Diana dan aktor, Farid Kamil sah bercerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 24 Mac lalu.
Imbas kembali, Farid dan Diana bercerai talak satu buat kali pertama menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 12, dan Nur Aurora yang kini berusia 10 tahun.

#Diana Danielle #Netizen #Lelaki Kaya