HIBURAN
Diana Danielle Harap Dapat Selesai Urusan Bercerai, Farid Kamil Pula ‘No Komen’
Pelakon, Diana Danielle berharap urusan proses perceraian dan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) melibatkan permohonan cerainya terhadap suami, Farid Kamil dapat diselasaikan, hari ini.
Harap Farid memahami
Diana yang tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi dengan memakai jubah berona merah jambu berkata, dia tetap mahu bercerai dengan Farid.Diana yang turut hadir sambil diiringi dua orang ‘bodyguard’ berharap Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari memahami apa yang diinginkannya.
Sementara itu, Farid yang tiba sekitar jam 9.40 pagi bersama peguamnya iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memilih untuk mengunci mulut.“Saya harap cepatlah selesai, banyak kali dah turun naik mahkamah uruskan benda sama. Saya tetap nak dilepaskan. “Saya harap dia memahamilah ya,” ujarnya.
Sekadar info, kontroversi dan kemelut rumah tangga mereka bermula selepas Diana mengumumkan nekad mahu berpisah dan memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua pada 28 Oktober tahun lalu.
Imbas kembali, Farid dan Diana bercerai talak satu buat kali pertama menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 12, dan Nur Aurora yang kini berusia 10 tahun.
Sumber: Oh Bulan
Must-Watch Video