Diana Danielle Lumba Kereta Menang Tempat Ke-4

Syafiqah Jalal
Ogos 15, 2017 04:01 MYT
Pelakon Diana Danielle berjaya mendapat tempat ke-4 dalam perlumbaan GAZOO Racing Malaysia (GRM) yang berlangsung di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang pada Ahad lalu.
Di bawah Astro Gempak kongsikan keputusan penuh GRM yang menyaksikan pelakon Syukri Yahaya menduduki tempat kedua, Janna Nick di tempat kelapan dan Fattah Amin di tempat keenam.
Sementara itu di laman Instagram (IG), Diana berkongsi pengalamannya terpaksa berlumba dalam keadaan hujan renyai.
"Hi @chemad7 & @nur_aurora7, semalam masa Race 1, ibu tempat ke 4. Racing dalam hujan renyai. Ibu loving my Vios! Today Race 2... pukul 2:30 ptg. Doa ibu selamat ok #GAZOORacingMalaysia #vioschallenge #AllAboutTheDrive #ToyotaMalaysia @nrdbstudio @ddfcmalaysia #ddfanteam"
Diana turut berkongsi fotonya yang lengkap berbaju racing bersama kereta lumbanya.
Terdahulu, Diana telah menjalani pengajian untuk kelas perlumbaan kereta selama tiga bulan dan berjaya menerima sijil daripada Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan lalu.
Berikut merupakan foto-foto yang dikongsi:
#Diana Danielle #Janna Nick #Shukri Yahya #Racing