Diana Danielle Tolak Bariatrik, Percaya Kurus Secara Semulajadi - “Bukan Saya Tak Boleh Turun Berat Cuma…”
Mya Amri
27/03/2024 04:56 MYT
27/03/2024 04:56 MYT
Pelakon, Diana Danielle mendedahkan pernah ditawarkan untuk melakukan pembedahan bariatrik bagi membantu menurunkan berat badannya.
Bagaimanapun, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, menolak tawaran tersebut kerana dia lebih selesa menurunkan berat badan secara semulajadi.
“Saya terima mesej daripada seorang doktor yang menawarkan pembedahan ikat perut atau bariatrik tetapi tak layan sebab masalah saya bukan tak boleh turun berat badan, cuma diri sendiri yang tidak mahu.
"Berat badan saya bukan dalam kategori kritikal, doktor itu beritahu bariatrik tersebut ditawarkan kepada saya untuk cepat kurus secara percuma.
“Ketika itu rasa macam gemuk sangat ke badan saya? Saya jadi tertanya-tanya kenapa dia boleh nak tawar prosedur itu sedangkan saya hanyalah chubby (tembam) sahaja dan bukan calon yang sesuai," ujarnya.
Diana berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran makanan kesihatan Zenso bertempat di Elephant Resort Cafe, One Utama pada Selasa.
Malah Diana juga berpendapat berat badan ideal boleh dicapai dengan cara melakukan diet pemakanan dan gaya hidup sihat tanpa perlu melibatkan sebarang pembedahan.
“Bagi saya kalau kita tahu cara nak kurus, proses itu tak ambil masa lama pun. Jaga makan, selalu aktif dan cukup tidur.
“Kita kena tahan diri daripada pengambilan makanan manis, benda itu orang kata bukanlah sesuatu yang susah sangat cuma kena kuat,” katanya.
Tambah Diana lagi, bariatrik sememangnya memberi kesan yang pantas tetapi tetap mempunyai impak negatif pada masa akan datang.
“Mungkin bagi sesetengah orang, bariatrik adalah jalan mudah, hakikatnya ada implikasi yang lebih serius selepas itu.
“Terutamanya apabila kita masih muda, masih panjang lagi perjalanan kita. Bila orang kata dah robek-robek perut (pembedahan), kita tak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
“Setiap orang mempunyai keadaan tubuh badan yang berbeza-beza. Contohnya kalau badan tidak terlalu besar, saya rasa masih ada jalan yang lebih selamat.
"Namun, kalau dilakukan atas faktor kesihatan, memang perlu tetapi jika mahu kurus, ada cara lebih sihat," ujarnya lagi.
Terdahulu, ibu kepada sepasang cahaya mata itu menuai perhatian ramai sejak akhir tahun lalu apabila bentuk badannya kelihatan lebih berisi sehingga ada yang mendakwa dia sedang berbadan dua.
Diana bagaimanapun menafikan hal tersebut dan memberitahu berat badannya bertambah kerana selera makan meningkat.
Bagaimanapun, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, menolak tawaran tersebut kerana dia lebih selesa menurunkan berat badan secara semulajadi.
“Saya terima mesej daripada seorang doktor yang menawarkan pembedahan ikat perut atau bariatrik tetapi tak layan sebab masalah saya bukan tak boleh turun berat badan, cuma diri sendiri yang tidak mahu.
"Berat badan saya bukan dalam kategori kritikal, doktor itu beritahu bariatrik tersebut ditawarkan kepada saya untuk cepat kurus secara percuma.
“Ketika itu rasa macam gemuk sangat ke badan saya? Saya jadi tertanya-tanya kenapa dia boleh nak tawar prosedur itu sedangkan saya hanyalah chubby (tembam) sahaja dan bukan calon yang sesuai," ujarnya.
Diana berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran makanan kesihatan Zenso bertempat di Elephant Resort Cafe, One Utama pada Selasa.
KAWAL PEMAKANAN
Malah Diana juga berpendapat berat badan ideal boleh dicapai dengan cara melakukan diet pemakanan dan gaya hidup sihat tanpa perlu melibatkan sebarang pembedahan.“Bagi saya kalau kita tahu cara nak kurus, proses itu tak ambil masa lama pun. Jaga makan, selalu aktif dan cukup tidur.
“Kita kena tahan diri daripada pengambilan makanan manis, benda itu orang kata bukanlah sesuatu yang susah sangat cuma kena kuat,” katanya.
BERITA TRENDING: “I’m 70 KG Now Guys” - Diana Danielle Dedah Berat Badannya Naik Setiap Kali…
Tambah Diana lagi, bariatrik sememangnya memberi kesan yang pantas tetapi tetap mempunyai impak negatif pada masa akan datang.
“Mungkin bagi sesetengah orang, bariatrik adalah jalan mudah, hakikatnya ada implikasi yang lebih serius selepas itu.
“Terutamanya apabila kita masih muda, masih panjang lagi perjalanan kita. Bila orang kata dah robek-robek perut (pembedahan), kita tak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
“Setiap orang mempunyai keadaan tubuh badan yang berbeza-beza. Contohnya kalau badan tidak terlalu besar, saya rasa masih ada jalan yang lebih selamat.
"Namun, kalau dilakukan atas faktor kesihatan, memang perlu tetapi jika mahu kurus, ada cara lebih sihat," ujarnya lagi.
BERITA TRENDING: “Saya Tak Mengandung, Saya Hanya…” - Diana Dianelle