Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Diana Danielle Tolak RM319,700, Hanya Mahu Bercerai - "Benarkan Anak- Anak Beraya Dengan Farid Kamil Tanpa Dirinya"

Syafiqah Jalal 12/04/2023 | 02:41 MYT
Diana Danielle Tolak RM319,700, Hanya Mahu Bercerai - "Benarkan Anak- Anak Beraya Dengan Farid Kamil Tanpa Dirinya"
Pelakon Diana Danielle menolak tawaran pendamaian membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.
Ia disahkan sendiri oleh peguam syarie mewakili pelakon, Diana Danielle, iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Kata Akberdin, anak guamnya tekad dengan keputusannya untuk mengakhiri perkahwinannya bersama suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil, 42.
“Diana tak mahu semua itu, dia hanya mahu perkahwinannya berakhir. Dia tak perlukan apa-apa kecuali nafkah anak-anak. Dan dia mahu bercerai cara baik.
"Diana juga tidak ada masalah sekiranya Farid mahu berjumpa dengan anak-anak,” katanya.
Semalam, pelakon, Farid Kamil mengemukakan tawaran perdamaian terhadap isteri, Diana Danielle membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.
Tawaran itu diharap mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Farid atau nama sebenar, Farid Kamil Zahari menawarkan sebuah kenderaan MPV, barang kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran tiket umrah kepada Diana.
Tambah Akberdin lagi, Diana mahu menyelesaikan urusan perceraiannya dengan baik serta membenarkan Farid membawa anak-anaknya beraya bersama dengan bapanya.
“Diana sudah beri kebenaran untuk Farid ambil anak untuk raya ini. Dia mengatakan tiada masalah. Jadi sehari sebelum Hari Raya, Farid boleh datang dan ambil anak-anak dan sambut Hari Raya di Sungai Petani, Kedah selama beberapa hari.
“Diana tidak akan beraya dengan anak-anaknya pada awal Syawal itu dan bersetuju untuk bercerai selepas itu, dia tidak mahu kembali hidup semula.
“Dia mahu keluar dari perkahwinan itu. Saya juga sudah maklumkan perkara ini kepada peguam Farid, Fakhrul Azman, malam semalam,” katanya.
Bertanya mengenai ketidakhadiran Diana pada prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pagi tadi, Akberdin berkata pihaknya sudah memaklumkan pada peguam mewakili Farid mengenai perkara itu.
“Sulh bukan proses mandatori, kalau proses mahkamah memang kami kena hadir. Sulh adalah perbincangan. Saya pun sudah berhubung dengan peguamnya dan kami berbincang mengenai terma-terma. Saya menguruskan perkara itu bersama peguamnya.
“Semalam pun saya sudah maklumkan pada Fakhrul bahawa anak guam saya tidak akan hadir. Saya sudah memberitahu terma-terma untuk menyelesaikan secara baik.
“Tapi saya tak boleh memaklumkan mengenai terma-terma itu buat masa ini. Kita akan susuli dengan draf perjanjian sama ada petang ini atau esok,” katanya.
Tambah Akberdin, pihaknya juga mahu menyelesaikan perkara itu secara global termasuk nafkah anak-anak, sekali gus.
Seterusnya, Farid dan Diana akan menghadiri prosiding penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada sebelah pagi dan prosiding laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, pada sebelah petang 30 Mei depan.
#Farid #Diana Danielle, Bercerai, #Kamil
;