Diana Nasir Selamat Lahirkan Baby Girl, The Angguns Terima Anggota Baru!

Asraf Aided
November 14, 2018 03:30 MYT
Kakak kepada aktres popular Anzalna Nazir, Diana Nasir telah selamat melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Anggun Darniella pada Sabtu lalu.
Diana berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya semalam.
"Assalamualaikum, introducing our beautiful healthy little lady, Anggun Darniella.
"Welcomed into our arms on the 10th November 2018.
"We are all so in love, thank you everyone for all the doas, love and best wishes," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Diana mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan keluarga Diana.
Lebih menarik perhatian apabila Anzalna sendiri turut meninggalkan komen.
"I miss you already Darniella," tulis aktres tersebut.
Sebelum ini, Diana telah tular di media sosial dengan anak kembarnya iatu Anggun Darleesa dan Anggun Darleena yang dikenali sebagai The Angguns (@the_angguns) di laman Instagram.
#Diana Nasir #The Angguns